Berita

< Back to article list

Tayangan Video Warisan Malaysia di Muzium Sarawak Hari Ini

2011 Mac 11

 

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak akan mempersembahkan tayangan video ‘Folk Art, The Malaysian Heritage’ pada 11 Mac (hari ini).

Tiada bayaran dikenakan untuk menyaksikan tayangan video ini yang akan dipertontonkan di Bilik Niah Muzium Dewan Tun Abdul Razak.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, tayangan itu akan bermula jam 3 petang.

“Video ini memaparkan seni rakyat di Malaysia antaranya ialah ketukangan besi (ironsmith), ukiran halus dan sumpit Sarawak.

“Pandai besi ini merupakan seseorang yang mahir dalam bidang pertukangan besi seperti pembuatan keris, klewang chalung, parang, pedang dan sebagainya,” katanya.

Manakala seni ukiran halus pula ialah ukiran yang terdapat pada senjata Melayu khasnya hulu keris dan kain sarung.

Selain itu, penonton juga berpeluang melihat proses pembuatan sumpit yang menjadi senjata masyarakat peribumi pada suatu ketika dahulu.

Orang awam boleh menghubungi Jabatan Muzium Sarawak di talian 082-244232 atau 082-240298 untuk keterangan lanjut.