Page 3 - ANNUAL_REPORT_01
P. 3
Bismillah hirrahman nirrahim


Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya jua
dapatlah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
(SPANS) mengeluarkan Laporan Tahunan 2014 ini mengikut
kehendak Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak. Laporan
ini memaklumkan tentang pencapaian pelaksanaan tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan kepada SPANS sepanjang tahun
2014.

Bagi pihak semua ahli SPANS, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Sarawak kerana telah memberi kepercayaan
kepada kami untuk menjalankan tugas-tugas Suruhanjaya
sepanjang tahun 2014.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Sarawak, semua Ketua Jabatan termasuk Setiausaha
Tetap Kementerian, Urusetia SPANS, semua Pusat Pengajian
Tinggi Awam, dan semua pihak terlibat di atas kerjasama erat
yang telah diberikan kepada SPANS sepanjang tahun 2014. Saya
berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa
akan datang bagi menjamin segala tugas dan fungsi Suruhanjaya
dapat berjalan dengan sempurna dan eisien.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan
Pengerusi dan semua Ahli SPANS dan warga Urusetia yang telah
menunjukkan komitmen serta usaha gigih dalam menjalankan
tugas mereka sepanjang tahun 2014. Saya yakin dengan prestasi
yang begitu baik yang ditunjukkan serta perubahan-perubahan
yang positif dapat dikekalkan akan membolehkan SPANS terus
melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan pada masa akan
datang.

Sekian, terima kasih.







(DATU ABDUL GHAFUR BIN SHARIFF)
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak
   1   2   3   4   5   6   7   8