Page 2 - Annual Report 2008
P. 2
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
LAPORAN TAHUNAN 2008






Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.


Alhamdulillah. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah
s.w.t. kerana dengan tauik hidayah dan keizinanNya jua maka
dapatlah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
mengeluarkan Laporan Tahunan 2008 ini mengikut kehendak
Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak. Laporan ini
memaklumkan tentang pencapaian pelaksanaan tugas-tugas
yang dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya sepanjang
tahun 2008.

Bagi pihak semua ahli Suruhanjaya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana telah
memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugas-tugas Suruhanjaya sepanjang
tahun 2008.


Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, semua ketua
jabatan, semua pusat pengajian tinggi awam dan semua pihak terlibat di atas kerjasama
erat yang telah diberikan kepada Suruhanjaya sepanjang tahun 2008. Saya berharap
kerjasama seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk menjaminkan
segala tugas dan fungsi Suruhanjaya berjalan dengan sempurna dan eisien.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Pengerusi dan semua ahli
Suruhanjaya dan warga kerja Urusetia yang telah menunjukkan komitmen serta usaha
gigih di dalam menjalankan tugas mereka. Saya yakin dengan prestasi yang begitu baik
yang ditunjukkan serta perubahan-perubahan yang positif akan membolehkan Suruhanjaya
terus melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.










(DATU HAJI HAMZAH BIN HAJI DRAHMAN)
D.J.B.S., P.B.K, P.P.B.
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak




2
   1   2   3   4   5   6   7