AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 Diluluskan
Date : 21 November 2023 Source : UKASSELASA, 21 NOVEMBER 2023
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan memberi kuasa kepada Sarawak untuk melantik aggregator yang akan menguruskan hal berkaitan pengedaran gas di negeri ini.
Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar memaklumkan kelulusan tersebut setelah memperoleh undi majoriti dalam Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Selasa.
Terdahulu ketika membentangkan RUU tersebut bagi bacaan kali kedua, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelantikan agregator gas ini akan menjamin ketersediaan bekalan gas untuk pemain industri dan pengguna tempatan.
Selain itu katanya, agregator yang dilantik juga akan mengukuhkan, menambah baik dan mengembangkan rantaian dan sistem pengedaran gas sedia ada.
“Pindaan ini memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk melantik agregator gas.
“Adalah dijangkakan bahawa Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), syarikat milik penuh kerajaan Sarawak yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan dalam pengedaran gas, akan dilantik sebagai agregator gas apabila RUU ini diluluskan dan berkuat kuasa,” katanya.
Dato Sri Julaihi menambah, menerusi RUU sama, kementeriannya akan memastikan agar setiap pihak yang menjalankan aktiviti yang disenaraikan di bawah Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas, 2016, mesti mendapatkan lesen daripada Pengarah Pengedaran Gas.
“Semua pihak yang diberikan lesen di bawah Seksyen 7 (Ordinan Pengagihan Gas, 2016) untuk pengedaran, pembekalan dan penjualan gas di Sarawak hendaklah menjual dan menghantar gas mereka kepada PETROS bagi membolehkan PETROS mendapatkan gas yang mencukupi untuk pengedaran dan bekalan kepada pengguna di Sarawak, termasuk loji Gas Asli Cecair (LNG) pada harga yang berpatutan,” katanya lagi.
Sementara itu dalam satu sidang media, Dato Sri Julaihi memberitahu, aktiviti pengurusan gas oleh agregator yang dilantik kelak juga boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang ingin melabur dalam industri hiliran negeri ini pada masa depan.
“Sasaran kami adalah sekurang-kurangnya 30 peratus (bekalan) gas dimanfaatkan untuk kegunaan domestik di Sarawak.
“Sebab gas banyak terdapat di wilayah Sarawak, jadi wajarlah kita mempunyai akses kepada gas yang mencukupi pada harga yang berpatutan dan mampu memenuhi permintaan pengguna domestik, pertumbuhan industri dan untuk semua pelabur yang bersedia untuk (melabur dalam industri) hiliran untuk industri gas,” tegasnya. -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2024 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 25648777