Page 128 - Limbang_Book
P. 128
YB Engr. Hj. Hasbi bin Habibollah
Ahli Parlimen P.221 Limbang (2008 - kini)


Dilahirkan di Kampung Sekolah, Limbang. Isteri bernama
Hjh. Elsi Marlisa Bt. Abdullah dikurniakan 6 orang anak.

Pendidikan: Sekolah Rendah Melayu Pusat, Limbang,
1969-1974; Sekolah Menengah Limbang, 1975-1977;
Kolej Tun Datu Patinggi Tuanku Bujang, Miri, 1978-
1980; Ijazah Kejuruteraaan Sivil, Unitversity of Iowa,
USA, 1981-1985.

Kerjaya: Jurutera Eksekutif Jabatan Kerja Raya Bahagian
Miri, 1986-1987; Jurutera Eksekutif Jabatan Kerja Raya
Bahagian Limbang, 1988-1990; Jurutera Daerah Lawas, 1991-1996; Penolong
Jurutera Bahagian Limbang, 1997-2005; Jurutera Eksekutif Kanan Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak, 2006-2008.

Politik: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu Negeri Sarawak, Ahli Parlimen, 2008-kini (P. 221 - Limbang).


Sumbangan: Pernah menjadi Pengerusi Kelab SOKANJAYA Bahagian Limbang,
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Islam Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak,
2006-2008; Ahli HIKMAH dan pernah menjawat jawatan Timbalan dan Pengerusi
Cawangan Limbang; Ahli Majlis Tertinggi Rumpun Silat Sarawak, 2004-2005; Ahli
Pengarah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bahagian Limbang, 2001-2006; Bendahari
Lembaga Amanah Melayu Bahagian Limbang, 2001-kini; Pengerusi Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan Negeri Sarawak, 2008-kini.











































112 | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133