Page 212 - Limbang_Book
P. 212
1958 1968
Hospital Limbang













































1980 1980




Kesihatan



Dahulu kemudahan kesihatan dan perubatan tidak ada kerana Brooke dan
Koloni British tidak mampu membina hospital dan klinik di Bahagian
Limbang. Hanya pada tahun 1946, selepas Perang Dunia II, seorang
pembantu perubatan, Jambul bin Randah, dilantik di Lawas. Pada 1950
sebuah dispensari telah dibina di Lawas. Pada tahun 1958 tiga orang
ulu-dressers dihantar ke Long Semadoh, Ba’Kelalan dan Long Lopeng.


Kini perkhidmatan perubatan dan kesihatan telah disediakan dengan baik
oleh Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Bahagian Limbang.
Daerah Limbang telah mempunyai sebuah hospital baru yang canggih dan
dikendalikan oleh 6 orang doktor perubatan, 2 orang doktor gigi dan
seorang farmasis. Di samping itu 5 buah klinik desa juga telah dibina
untuk masyarakat luar bandar. Daerah Lawas juga telah mempunyai sebuah
hospital sejak tahun 1969, yang dikendalikan oleh beberapa orang doktor
perubatan, seorang doktor gigi dan seorang farmasis. Di Pekan Lawas sendiri
terdapat sebuah poliklinik dan 12 klinik kesihatan di luar bandar. Rawatan di Klinik Kesihatan Medamit, Limbang dahulu







196 | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217