Page 224 - Limbang_Book
P. 224
Senamrobik kakitangan awam Bahagian Limbang bersama YB Datuk Amar Setiausaha
Rekreasi dan Sosial Kerajaan Negeri di Dataran Jubli Emas, Limbang, 19 Oktober 2009
Kemudahan kerohanian, sosial, kebudayaan dan sukan banyak disediakan
oleh pihak kerajaan selepas mencapai kemerdekaan, khususnya pada tahun-
tahun 1990an. Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Kebajikan telah
memanjangkan sayapnya ke dua daerah ini untuk menjamin kesejahteraan
rakyat. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pejabat Pembangunan Sosial
dan Urbanisasi yang menampung keperluan belia, sukan, sosial dan
kebudayaan yang turut dibantu oleh Jabatan Kebudayaan Persekutuan.
Sebuah Dewan Suarah telah dibina untuk kemudahan rakyat mengadakan
pelbagai kegiatan yang lengkap dengan dewan, mini stadium dan asrama.
Di samping itu telah dibina juga sebuah stadium tertutup. Di Daerah
Lawas terdapat juga sebuah mini stadium yang dilengkapi dengan dewan
dan padang sukan.
Tertinggal ialah dalam pembentukan masyarakat ilmu. Selari dengan
matlamat ini, kerajaan telah membina jaringan perpustakaan. Daerah
Limbang dan Lawas sejak lama telah mempunyai Perpustakaan Daerah
dan Perpustakaan Desa. Yang tinggal ialah rakyat harus memanfaatkan
semua kemudahan yang telah disediakan untuk mereka.
Stadium Tertutup Limbang
208 | Dahulu Terasing Kini Terjalin