Page 241 - Limbang_Book
P. 241
Hasil bumi, balak



























Kilang kayu di Lawas
Ternakan ikan sangkar di Kampung Punang, Lawas














Industri Balak dan Perladangan


Daerah Lawas mempunyai tempat penting dalam sejarah ekonomi negeri
Sarawak. Pada tahun 1923 sebuah syarikat Lawas Rubber Estate telah
membuka ladang getah yang kemudian menempah nama sebagai ladang
getah terbesar di Negeri Sarawak sebelum Perang Dunia Kedua. Daerah
Lawas juga merupakan yang pertama mempunyai kilang papan lapis
pada tahun 1932 yang terletak di Tagai hasil usaha VAMCO Timber
Company. Getah dan papan lapis dieksport ke Labuan untuk pasaran
antarabangsa. Daerah Limbang pula terkenal dalam industri perkayuan
besar yang dipelopori oleh Limbang Trading Company yang diterajui
oleh Datuk Amar James Wong Kim Min sejak tahun 1950an. Pengeluaran
balak pada masa sekarang ialah 422,065 tan kubik metrik.

Kegiatan pertanian di Bahagian Limbang pada masa sekarang adalah
seluas 40,400 hektar. Pecahannya ialah Kelapa Sawit 29,571h, Getah
5,967h, Padi 3,835h, Kelapa 508h, lada 142h, buah-buahan 400h dan
ternakan 4,804h.

Kini getah tidak lagi menjadi tumpuan kegiatan pertanian dan diganti
oleh kelapa sawit yang jauh lebih luas. Bermula dengan Ladang Kelapa
Sawit Merapok pada awal tahun 1990an kini terdapat Ladang Kelapa
Sawit di Sundar. Begitu juga di Daerah Limbang ladang kelapa sawit juga
telah diusahakan oleh pihak swasta. Di sinilah Jabatan Pertanian memainkan
peranan yang penting.
   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246