Page 249 - Limbang_Book
P. 249
Pelancongan dan Perkhidmatan
Sumber ekonomi yang agak baru ialah pelancongan. Dengan adanya
kemudahan jalan raya dan pusat perniagaan yang baik pelancong dari Negara
Brunei Darussalam menjadi pelancong yang penting. Pada masa sekarang
lebih 1 juta orang pelancong dari negara jiran, Sabah dan Labuan setiap tahun
ke Bahagian Limbang. Daerah Limbang mempunyai tempat yang unik dan
indah untuk dilawati oleh para pelancong seperti karangan Mendalam,
Headhunter Trail ke Mulu, Taman Tasik Bukit Mas dan lumpur panas di
Meritam. Daerah Lawas pula mempunyai kawasan pantai dan pedalaman
yang menarik untuk dikunjungi para pelancong. Di kawasan pantai
kampung nelayan orang Melayu di Kuala Lawas, Punang dan Awat-Awat
merupakan kampung air yang unik serta memiliki pantai yang cantik. Di
pedalaman pula terdapat air panas Merarap. Kawasan dingin Ba’Kelalan
baik untuk pelancongan-eko seperti Gunung Murud, hutan tua, sawah padi
dan dusun epal. Dalam hal ini ketibaan pengunjung telah menyemarakkan
industri perniagaan runcit.
Dengan adanya kegiatan ekonomi dan perniagaan yang semakin rancak
sektor perkhidmatan juga telah meningkat. Untuk kemudahan pelancong
perkhidmatan perhotelan telah bertambah. Daerah Limbang mempunyai
berbagai kategori hotel seperti Hotel Purnama dan Metro Inn. Daerah
Lawas pula mempunyai Shangsang Hotel, Hotel Perdana, Gaya Inn dan
lain-lain lagi.
Perkhidmatan perbankan boleh dikatakan memuaskan dengan adanya
cawangan bank-bank besar di dua daerah ini seperti Maybank, RHB Bank,
Bank Simpanan Nasional, AmBank, Agro Bank, Public Bank, EON Bank,
Hong Leong Bank dan Amanah Saham Nasional.
Dahulu Terasing Kini Terjalin | 233