Page 45 - Limbang_Book
P. 45
Pekan Limbang
Pada masa dahulu petempatan terbesar yang menjadi tumpuan dipanggil
Pangkalan Tarap ketika perhubungan masih bergantung kepada Sungai
Limbang dengan menggunakan gubang dan bagung. Di sinilah pentadbiran,
perdagangan dan pergaulan berlangsung. Apabila Sungai Limbang diambil
oleh Brooke dan digabungkan dengan Daerah Trusan dan Daerah Lawas
maka Pangkalan Tarap ditukar kepada Limbang. Pangkalan Tarap
mengambil nama dari sejenis buah dalam masyarakat Melayu. Nama
Limbang pula diambil dari nama sungai yang melengkar, meandering,
itu satu perkataan Melayu dan sama seperti nama Palembang, ibukota
empayar Sriwijaya.
Pekan Limbang terletak di antara Sungai Limbang dan lereng banjaran
Bukit Peninjau, sekarang dikenali sebagai Bukit Mas apabila barangan
emas zaman silam ditemui di situ pada tahun 1899. Pusat pentadbiran
telah dimulakan secara rasmi apabila Kubu, tidak pernah diberi nama
khusus seperti tempat lain, dibina dilereng bukit itu di Pangkalan Tarap.
Selepas itu kedatangan orang Cina dari Brunei dan Labuan untuk berniaga dan
kerana kawasan lapang tidak mencukupi maka beberapa rumah kongsi
kedai telah didirikan di sebelah hilir Kubu. Permandangan Kampung
Seberang Kedai, 1948
Sekarang Kubu telah menjadi Muzium Wilayah Limbang dan rumah kongsi
kedai kayu kini menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang dinamik.
Pengaliran kegiatan perniagaan dengan Bandar Seri Begawan Brunei sejak masa
dahulu hingga sekarang masih menjadi nadi ekonomi pekan ini. Dahulu
bangunan pejabat dan kedai kayu, sekarang Pekan Limbang telah berubah
menjadi pekan moden yang menawarkan berbagai perkihdmatan dan
perniagaan yang dinamik. Di samping itu pelbagai kemudahan awam yang
moden untuk keselesaan penduduk pekan dan para pelanggan seperti sistem
trafik moden dan perhotelan telah disediakan.
Di samping itu wujud pusat pentadbiran dan perniagaan baru yang
dahulu adalah kampung kecil dan luar bandar. Di antaranya ialah Medamit,
Batu Danau dan yang terkini ialah Tedungan, pusat perniagaan baru, di
kawasan persempadanan dengan Brunei Darussalam.
Majlis Daerah Limbang yang ditubuhkan pada tahun 1948 telah mencipta
sejarah sebagai majlis yang pertama di Sarawak. Pengerusi yang pertama
ialah Haji Mulok bin Lampong. Majlis bertanggungjawab mengurus dan
mentadbir pekan dalam semua bidang tetapi kemudian hanya mengurus
kesihatan awam dan percukaian.
Gotong-royong sempena
Hari Kebangsaan di
Limbang Bazaar, 1973
Dahulu Terasing Kini Terjalin | 29