Page 39 - Samarahan_Book
P. 39
DARI KAMPUNG TERPENCIL KE DESA ILMU


























































5 Apabila tiba di pangkalan kampung dan air sungai masih surut atau mulai pasang
mungkin beliau akan didukung atau dipikul dengan sebuah perahu simbolik. Tanda hor-
mat kepada pemimpin kesayangan mereka. Di kawasan perkampungan atau rumah
panjang pula bukan saja tidak ada jalan raya, malah jalan kampungpun tidak ada. Yang
ada ialah ban yang becak dan berlumpur yang terpaksa di galas dengan batang pokok,
daun nipah atau pelepah kelapa. Pada musim hujan dan musim pasang besar ban pun
menjadi seperti kolam kerbau. Inilah ketikanya YB Datuk Abdul Taib terpaksa berkaki
ayam dan seluar panjang disinsing. Inilah pemimpin yang pernah bergelumang dalam
lumpur demi rakyat yang memilihnya.
Di tempat tanah tinggi pun perlu di letakkan tiang atau papan, pelapah kelapa atau
nipah, sebagai titian untuk mengelak dari becak atau pun untuk menyeberangi anak su-
ngai dan lopak lumpur.Tempat yang dituju untuk berjumpa rakyat juga mencabar. Ucapan
dan nasihat di sampaikan di pentas sederhana; di atas jambatan atau titian yang memu-
dahkan kerja penduduk. Ada juga pentas yang hanya mengunakan bekas dram minyak
dan kayu yang dihias dengan daun nipah dan kelapa. Dari pentas ini beliau mengajak
penduduk Samarahan berusaha meninggalkan keperitan hidup dengan mencipta realiti
baru ke arah pembangunan dan kemajuan.
1. YB Encik Abdul Taib melawat Kpg. Sebandi Matang 02.11.73.
2. YB Encik Abdul Taib melawat Kpg. Meranek, 1960-an.
3. YB Encik Abdul Taib melawat Kpg. Meranek, 1968.
4. YB Encik Abdul Taib melawat Kpg. Meranek, 1968.
5. YB Datuk Amar Abdul Taib berucap dalam perhimpunan dianjurkan oleh Barisan Nasional di Asa-
jaya, 1970-an.
6. Melawat Serian, 1960-an.
(Semua gambar adalah ihsan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.)
6
39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44