Page 163 - muka depan.indd
P. 163
DAERAH MATU











Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sidang Redaksi Penerbitan
Buku ini kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua
kata di dalam buku ini.

Daerah Matu dan Daerah Daro dulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Selu-
ruh kawasan telah mengalami perubahan dan transformasi yang drastik dalam
konteks pembangunan sosio-ekonomi. Nikmat dan Rahmat pembangunan ini
amat dirasai oleh generasi kini. Dulu di Matu-Daro, sungai adalah pengangkutan
utama. Untuk pergi dari satu kampung ke satu kampung memakan masa yang
lama. Kemudahan-kemudahan asas dari infrastruktur berada didalam keadaan
yang amat daif. Taraf kehidupan amat rendah.

Kini segala-galanya telah berubah. Rangkaian jalanraya yang menghubungi
kampung-kampung berada di dalam “kelas tersendiri”. Aktiviti ekonomi giat
dijalankan. Ladang-ladang kelapa sawit telah banyak dibuka oleh syarikat-
syarikat besar. Malah banyak juga pekebun-pekebun kecil kelapa sawit yang
membangunkan tanah masing-masing. Peluang pekerjaan terbuka luas dan
taraf ekonomi penduduk semakin meningkat.

Segala nikmat dan kemajuan ini dicapai kerana keprihatinan kerajaan BN
pimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud. Kekalkanlah momentum
pembangunan ini dengan memberi sokongan kepada kerajaan BN dengan dasar
“Politik Pembangunan”.

Sekian, Wassalam.

Ikhlas,

Daripada,







YB Datuk Abdul Wahab Dolah
Ahli Parlimen P207 IGAN
























162 163
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168