Page 2 - Annual Report 2007
P. 2
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
LAPORAN TAHUNAN 2007

Perutusan Pengerusi




Bismillah hirrahman nirrahim

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
izinNya jua dapatlah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak mengeluarkan Laporan Tahunan 2007 ini
mengikut kehendak Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri
Sarawak. Laporan ini memaklumkan tentang pencapaian
pelaksanaan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada Suruhanjaya sepanjang tahun 2007.

Bagi pihak semua ahli Suruhanjaya, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana telah
memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan
tugas-tugas Suruhanjaya sepanjang tahun 2007.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha
Kerajaan Sarawak, semua ketua jabatan termasuk Setiausaha Tetap Kementerian, semua
pusat pengajian tinggi awam dan semua pihak terlibat di atas kerjasama erat yang telah
diberikan kepada Suruhanjaya sepanjang tahun 2007. Saya berharap kerjasama seumpama
ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk menjaminkan segala tugas dan fungsi
Suruhanjaya dapat berjalan dengan sempurna dan eisien.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada Timbalan Pengerusi dan semua ahli
Suruhanjaya dan warga kerja Urusetia yang telah menunjukkan komitmen serta usaha gigih
di dalam menjalankan tugas mereka sepanjang tahun 2007. Saya yakin dengan prestasi
yang begitu baik yang ditunjukkan serta perubahan-perubahan yang positif kalau dapat
dikekalkan akan membolehkan Suruhanjaya terus melaksanakan fungsinya dengan lebih
berkesan di masa-masa akan datang.


Sekian, terima kasih.







(DATU HAJI HAMZAH BIN HAJI DRAHMAN )
D.J.B.S., P.B.K., P.P.B.
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak







2
   1   2   3   4   5   6   7