Page 5 - Content_2009
P. 5
20 09
L A P O R A N T A H U N A N









Perutusan Pengerusi






Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan izinNya jua Laporan Tahunan 2009
pada kali ini dapat dikeluarkan selaras
dengan Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri
Sarawak. Ianya merangkumi kesempurnaan
tugas-tugas yang dicapai oleh Suruhanjaya
sepanjang tahun 2009.

Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak semua ahli Suruhanjaya mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang
di-Pertua Negeri Sarawak kerana kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam
menjalankan tugas-tugas Suruhanjaya sepanjang tahun 2009.


Kerjasama yang berterusan daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak, semua ketua
jabatan, pusat pengajian tinggi awam dan pihak yang terlibat amatlah saya hargai
dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Jalinan yang kukuh ini diharapkan
dapat diteruskan bagi menjamin kesempurnaan tugas untuk memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan.


Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada Timbalan Pengerusi dan semua ahli
Suruhanjaya serta warga kerja Urusetia yang telah memberi komitmen yang tinggi
serta usaha yang gigih untuk memastikan tugas-tugas dapat dijalankan dengan
jayanya.

Sekian, terima kasih.






(DATU HAJI HAMZAH BIN HAJI DRAHMAN)
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak



SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK I 05
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10