Page 4 - content_2010
P. 4
Laporan Tahunan
2 0 I 0 Suruhanjaya perkhidmatan awam negeri Sarawak



Perutusan Pengerusi






Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Saya berasa syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan limpah dan kurniaNya maka Laporan
Tahunan 2010 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sarawak dapat dikeluarkan selaras dengan
Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak.
Laporan ini akan memuatkan pelaksanaan
tugasan-tugasan yang dicapai oleh Suruhanjaya
dalam tahun 2010.

Di sini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak kerana memberi keyakinan
kepada kami untuk melaksanakan tugas-tugas Suruhanjaya
pada tahun ini.

Tahun 2010 menunjukkan jalinan kerjasama yang padu daripada pihak Setiausaha Kerajaan
Sarawak, ketua-ketua jabatan dan semua pusat pengajian tinggi awam dalam menjayakan
program-program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya. Saya mengharapkan
jalinan ini sentiasa berterusan pada masa-masa hadapan bagi memastikan pelaksanaan
tugasan dan fungsi Suruhanjaya dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.

Penghargaan juga ditujukan kepada Timbalan Pengerusi, semua ahli Suruhanjaya dan warga
kerja Urusetia yang telah mempamerkan usaha dan komitmen yang utuh dalam melaksanakan
tugas masing-masing. Prestasi yang tinggi yang ditunjukkan dan pembaharuan positif tidak
dapat dinafikan telah meningkatkan mutu perkhidmatan di samping memberi impak kepada
kesempurnaan pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya.

Sekian, terima kasih.









(DATU HAJI HAMZAH BIN HAJI DRAHMAN)
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak



2 2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9