Page 12 - Annual Report 2013
P. 12
SPANS LAPORAN TAHUNAN 2013

1. MUKADDIMAH


Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) ini
disediakan sebagai memenuhi kehendak peruntukan Artikel 36(8), Perlembagaan
Negeri Sarawak yang menghendaki Suruhanjaya menyediakan satu laporan
tahunan mengenai kegiatannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak dan salinannya diedarkan di Dewan Undangan Negeri.


Laporan Tahunan SPANS 2013 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan oleh
SPANS sepanjang tahun 2013. Laporan ini turut menyatakan kegiatan-kegiatan
yang telah diperturunkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Jabatan
melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan
Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004.





2. PENUBUHAN


SPANS telah diwujudkan pada 1 November 1961 di bawah The Sarawak (Public
Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati
Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa jua peraturan yang
dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16 September
1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV,
Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63), SPANS telah ditubuhkan sebagai
sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Menurut Perlembagaan Negeri Sarawak, keanggotaan SPANS adalah terdiri
daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari
empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan
Kerajaan Negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.



3. FUNGSI-FUNGSI


Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan
bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan
awam negeri Sarawak iaitu:


3.1 Pelantikan;
3.2 Pengesahan dalam jawatan;
3.3 Pemberian taraf tetap dan berpencen;
3.4 Kenaikan pangkat;
3.5 Perpindahan tempat bertugas; dan
3.6 Mengawal disiplin


12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17