Page 3 - Annual Report 2013
P. 3
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Saya merasa amat bersyukur kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak (SPANS) dalam tahun 2013 telah berjaya menjalankan amanah serta
tanggungjawab sejajar dengan Artikel 36 Perlembagaan Negeri Sarawak. Fungsi-
fungsi tersebut berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang erat serta komitmen
tinggi semua pihak yang terlibat.

Seperti yang terkandung dalam Laporan Tahun 2013 ini, SPANS telah mengambil
berbagai langkah serta inisiatif dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada aspek meritokrasi, integriti
dan transparensi. Sehubungan dengan itu, SPANS telah menambahbaik beberapa
proses kerja yang berkaitan dengan bidang kerja utama bagi mempertingkatkan
lagi kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan. Ini bertujuan untuk menangani
isu serta cabaran yang semakin kompleks. Dalam masa yang sama SPANS amat
mengalu-alukan pandangan serta cadangan daripada mana-mana pihak agar
usaha penambahbaikan ini akan terus berjalan.


Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan Pengerusi serta semua Ahli-
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Urusetia SPANS di
atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2013. Diharap
kerjasama ini akan terus dipertingkatkan agar SPANS dapat melaksanakan fungsi-
fungsi dengan lebih berkesan di masa akan datang.


Sekian terima kasih.








(DATU ABDUL GHAFUR BIN SHARIFF)
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
   1   2   3   4   5   6   7   8