Page 11 - SPANS_ANNUAL_REPORT_2015
P. 11
2.4


sendiri oleh SPANS dan yang telah diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Ketua-ketua
Jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004
berkuatkuasa mulai 17 Januari 2004.

(c). Sepanjang tahun 2015, SPANS telah menerima laporan 270 jawatan kosong di Perkhidmatan Awam Negeri
dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merangkumi; tiga (3) untuk gred 27 - 40, 109 untuk gred 17 – 26 dan 140
untuk gred 11 – 16. Daripada jumlah tersebut, hanya 252 kekosongan jawatan berjaya diisi dan baki sebanyak 18
jawatan akan diisi pada tahun 2016.

(d). Pada tahun 2015, SPANS telah mengadakan mesyuarat pengurusan -General Management Advisory
Committee (GMAC) yang dianggotai Ahli Suruhanjaya dan Urusetia SPANS pada setiap sukuan tahun. Manakala
mesyuarat SPANS, forum bagi memutuskan syor dan cadangan pelantikan, kenaikan pangkat dan kes-kes
kawalan disiplin telah diadakan sebanyak 4 kali. Selain daripada itu, Kertas Edaran berkaitan perkhidmatan
SPANS yang perlu mendapat endorsemen Suruhanjaya adalah sebanyak 133 naskah.

2.3.2 VISI


Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia pada 2030.


2.3.3 MISI

Kami Komited Menyedia Modal Insan Yang Berkualiti Dengan Cekap Dan Berkesan Bagi Mencapai
Perkhidmatan Awam Cemerlang.



2.4 FUNGSI DAN PERANAN



2.4.1 Menurut Artikel 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS adalah sebuah badan bebas yang
dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berkaitan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu:
• Pelantikan;
• Pengesahan jawatan dalam perkhidmatan;
• Pemberian taraf tetap dan berpencen;
• Kenaikan pangkat;
• Perpindahan tempat bertugas; dan
• Kawalan disiplin
2.4.2 Selain itu, Artikel 39 (3), Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa SPANS juga
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menganugerahkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri
Sarawak (BPKNS) kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dan latihan akademik sepenuh
masa di peringkat Diploma dan Ijazah di pusat Pengajian Tinggi Awam.


LAPORAN TAHUNAN 2015 9
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16