Page 5 - SPANS_ANNUAL_REPORT_2015
P. 5
Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izin
dan kurnianya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)
dapat menerbitkan Laporan Tahunan 2015 bagi memenuhi kehendak Artikel
36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak
kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugas-
tugas Suruhanjaya sepanjang tahun 2015.

Laporan ini memuatkan mengenai maklumat pencapaian pelaksanaan tugas tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
SPANS sepanjang tahun 2015 termasuk kuasa – kuasa yang diperturunkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak,
Setiausaha Tetap Kementerian dan Ketua Ketua Jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa) 2004.

Saya amat berbangga sepanjang tahun 2015 ini, SPANS telah meneruskan agenda transformasi dan inisiatif inovasi
bagi mencapai aspirasi ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan. Pendekatan
membudayakan amalan Nilai-nilai Bersama PANS, mewujudkan Visi & Misi baru SPANS dan pelaksanaan Kad Skor
Berimbang (BSC) adalah selari dengan SCS 10–20 Action Plan. Disamping itu, aspek integriti, meritokrasi, serta pemilihan
individu berbakat adalah keutamaan dalam urusan pengambilan. Dalam urusan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri
Sarawak (BPKNS) tumpuan penajaan adalah pelajar cemerlang dari golongan sasaran bagi membolehkan mereka
meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda untuk melahirkan lebih ramai bakat dan modal insan bagi
memenuhi pembangunan sosio-ekonomi Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, semua Ketua Jabatan termasuk
Setiausaha Tetap Kementerian, semua Pusat Pengajian Tinggi Awam, dan semua pihak terlibat di atas kerjasama erat
yang telah diberikan kepada SPANS sepanjang tahun 2015. Saya berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan
pada masa akan datang bagi menjamin segala tugas dan fungsi Suruhanjaya dapat berjalan dengan sempurna dan
eisien.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Timbalan Pengerusi, semua Ahli dan Urusetia SPANS yang telah
menunjukkan komitmen serta usaha gigih di dalam menjalankan tugas masing-masing. Saya yakin dengan pendekatan
yang proaktif serta perubahan-perubahan yang positif akan membolehkan SPANS memberi perkhidmatan yang terbaik.

Sekian, terima kasih.



(DATU ABDUL GHAFUR SHARIFF)
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

LAPORAN TAHUNAN 2015 3
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10