Page 184 - Limbang_Book
P. 184
Pra-Sekolah



Sejak tahun 1980an masyarakat tempatan telah menyedari pentingnya
pendidikan awal sebelum ke sekolah rendah. Oleh kerana pada masa itu
kerajaan belum dapat mengadakannya beberapa pertubuhan sosial dan
agama telah mengambil inisiatif sendiri di samping beberapa buah agensi
kerajaan turut juga terlibat. Pada mulanya Jabatan Kemajuan Masyarakat
telah mendirikan Tadika KEMAS ini diikuti oleh Jabatan Perpaduan dan
juga SEDIDIK anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Badan agama dan sosial yang aktif dalam pra-sekolah ialah HIKMAH
(asalnya BINA). Di samping itu ada juga badan-badan kebajikan dan agama
serta swasta turut menawarkan perkhidmatan ini. Kini pihak kerajaan
sendiri, melalui Kementerian Pelajaran telah memulakan perkhidmatan
yang penting dalam pembangunan insan.


































































168 | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189