Page 45 - Samarahan_Book
P. 45
DARI KAMPUNG TERPENCIL KE DESA ILMU
1 3
4
Y ang sentiasa mendampingi Abdul Taib, tidak lain ialah Laila, isteri yang tersayang.
Bila dan ke mana beliau melawat kampung-kampung dan rumah panjang di Sa-
marahan, Laila akan ikut bersama. Walaupun Laila berasal dari Eropah dan Aus-
tralia berketurunan dari keluarga Islam tetapi semakin serasi dengan tugas suami. Akhir-
nya Laila tidak kekok untuk berkaki ayam, berjalan di titian usang atau di pelepah kelapa
dan nipah. Tidak mengira panas, hujan dan lumpur.
Dalam kesibukan majlis rasmi Abdul Taib dan Laila sempat bermesra lebih dekat
dengan orang kampung sama ada muda atau tua. Abdul Taib mungkin diminta bermukun
atau ‘belangi’ dan bermesra dengan kenalan beliau. Laila pula berminat tentang kebaji-
kan dan menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik.
1. YABhg Datuk Amar Laila Taib menyerahkan bantuan kepada fakir miskin di Kota Samarahan pada
30.03.1992.
2. YB Encik Abdul Taib Mahmud bersama orang kampung pada 1960-an.
3. YB Encik Abdul Taib sedang menari tarian Bidayuh (belangi) semasa ketibaannya di Tebedu,
1960-an.
4. YB Encik Abdul Taib bersama-sama kawan seperjuangan di Tebedu, 1967.
(Semua gambar ihsan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.)
2
45