Page 50 - Samarahan_Book
P. 50
1






















2 3
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah banyak membuat pembangunan
yang drastik dan yang tersusun rapi dan indah. Kini Samarahan telah jauh berubah dari
perkampungan yang sunyi menjadi sebuah bandar yang sibuk dan maju. Kewujudan
jalan berkembar menjadikan Samarahan semakin dekat dengan bandar raya Kuching.
Seiring dengan peningkatan penduduk yang mendadak dan peningkatan lalu lintas telah
menyebabkan pembinaan jambatan berkembar di Sungai Kuap. YAB Pehin Sri juga te-
lah mengwujudkan bandar dan kediaman yang tersusun, teratur dan selesa. Kampung-
kampung yang sedia ada telah dinaik taraf.
Bagi melengkapkan pembangunan padu Samarahan YAB amat menitikberatkan
modal insan. Dari pembangunan ekonomi perubahan amat ketara. Banyak peluang-pe-
luang pekerjaan telah diwujudkan baik sektor pertanian, industri, perikanan, perniagaan
dan perkhidmatan. Pengwujudan jalur lebar di kampung-kampung telah menyediakan
sistem telekomunikasi yang tanpa had. Secara keseluruhannya YAB Pehin Sri merupa-
kan seorang perancang yang bijak, inovatif, berjiwa rakyat dan berpandangan jauh. Di
bawah pimpinan beliau Samarahan telah ditransfromasi dari kampung terpencil ke desa
ilmu dalam masa singkat.

1. Jambatan berkembar menyeberangi Sungai Kuap.
2. Perumahan yang tersusun di Desa Ilmu, Samarahan.
3. Deretan kedai yang bertingkat Desa Ilmu.
4. Kpg. Tg. Bundong yang tersusun indah.

4 (Semua gambar di muka surat 50 oleh Dr Sulaiman Husaini.)
50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55