Page 56 - Samarahan_Book
P. 56
Y.A.B. Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud setakat ini merupakan wakil rakyat yang
paling lama berkhidmat dan juga Ketua Menteri yang paling lama memegang jawatan
tersebut. Beliau telah mewakili kawasan Asajaya selama 20 tahun bermula pada Mac
1981 sehingga September 2001. Sebagai Ahli Dewan Rakyat beliau telah mewakili Sa-
marahan selama 40 tahun bermula pada tahun 1969 sehingga 2008. Selepas lulus da-
lam jurusan undang-undang dengan ijazah LLB dari University of Adelaide, beliau hanya
sempat berkhidmat di Jabatan Kehakiman pada bulan Februari 1962. Dalam masa yang
singkat beliau telah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri secara lantikan pada 22 Julai,
1963 ketika berusia 27 tahun.
Sehubungan dengan itu, beliau telah menyertai parti BARJASA dan kemudian bertung-
kus lumus menyatukan parti ini dengan parti PANAS menjadi Parti Bumiputera pada
tahun 1966 di mana beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung. Kemudian beliau
turut memainkan peranan menyatukan Parti Bumiputera dengan Parti Pesaka menjadi
parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1974. Beliau telah menjadi Presi-
den parti PBB sejak tahun 1981 sehingga sekarang.
Abdul Taib dilahirkan di bandar Miri pada 21 Mei 1936 setelah ayah dan ibunya berhijrah
dari Mukah. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adik-beradik. Persekolahan
awal beliau ialah di St. Joseph’s Primary School di Miri dan kemudian dihantar ke Kuch-
ing untuk menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di St. Joseph’s Secondary
School. Beliau telah lulus peperiksaan Overseas Senior Cambridge Examination dengan
cemerlang yang membolehkan beliau mendapat Biasiswa Shell untuk melanjutkan pela-
jaran ke University of Adelaide pada tahun 1958.
Dalam Kabinet Negeri Sarawak yang pertama beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi
dan Kerja Raya pada tahun 1963 hingga 1966 dan sebagai Menteri Pembangunan dan
Hutan pada tahun 1967. Selepas itu beliau berhijrah ke Kuala Lumpur menyertai Kabi-
net Persekutuan sehingga tahun 1981 dalam berbagai portfolio seperti berikut; Timbalan
Menteri Perdagangan dan Industri (1968-1970), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (1970-1972), Menteri Perindustrian Utama (1972), Menteri Perancangan dan
Penyelidikan Sosio-ekonomi (1974), Menteri Perindustrian Utama (1977), Menteri Perta-
hanan (1978), Menteri Penerangan merangkap Menteri Perancangan dan Penyelidikan
Sosio-ekonomi (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1980)
Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud Pada tahun 1981, YB Datuk Amar Haji Abdul Taib Mahmud telah pulang ke Sarawak
dan dilantik sebagai Ketua Menteri setelah menang tanpa bertanding dalam pilihan raya
Ahli Parlimen Kawasan kecil Kawasan Sebandi. Dengan perubahan kawasan pilihan raya, beliau telah menjadi
P. 124 Samarahan (1969-1974)
P. 134 Samarahan (1974 - 1986) wakil rakyat di kawasan berikut; Ahli Parlimen - P. 124 Samarahan (1969-1974), P. 134
P. 157 Samarahan (1986-1990) (Menang tanpa bertanding) Samarahan (1974-1986), P. 157 Kota Samarahan (1986-1990), P. 159 Samarahan Kota
P. 159 Samarahan Kota Samarahan (1990-1995) Samarahan (1990-1995), P. 171 Kota Samarahan (1995-2004), P. 197 Kota Samarahan
P. 171 Kota Samarahan (1995 - 2004)
P. 197 Kota Samarahan (2008) (Menang tanpa bertanding) (2008) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak pula ialah N.7 Sebandi (1981-1991)
N. 7 Sebandi (1981 - 1991) dan N.12 Asajaya (1991-2001).
N. 12 Asajaya (1991-2001)
1. YTM Tunku Abdul Rahman dan YAB Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud diiringi oleh
YABhg. Datuk Amar Laila Taib.
2 & 3. YAB Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah pada 26 Mac 1981..
56