Page 52 - Samarahan_Book
P. 52
1 Foto: Dr Sulaiman
Alhamdullillah, kini impian menjadi kenyataan. Kemiskinan, kedaifan dan kemun-
duran yang terpampang pada jalan lumpur beralas pelepah nipah dan kelapa serta
rumah usang beratap dan berdinding daun nipah tiada lagi kelihatan. Kini lebuh raya
asphal menghubungkan Samarahan dengan Kuching dan ke tempat-tempat lain. Paya
tanah gambut kini menjadi ladang kelapa sawit dan kolam ikan. Kini kebanyakan pen-
duduk memiliki rumah batu beratap genting. Mereka menjadikan cabaran alam ciptaan
Tuhan menjadi punca rezeki dan pembangunan.

Kini kanak-kanak ke sekolah tidak ada yang berkaki ayam tetapi naik basikal dan
kereta. Mereka boleh memilih beberapa buah instituti pengajian tinggi berdekatan untuk
menyambung pelajaran.
Samarahan sangat bertuah kerana tiga buah instutisi pengajian tinggi terbesar di-
bina di Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Institut Teknologi
MARA (UiTM) dan Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR). Sesungguhnya Samara-
han telah berubah maju dari sebuah kampung terpencil menjadi kota ilmu Sarawak.



















1. Kampus Universiti Teknologi Mara Sarawak.
2. Graduan dari UITM.
3. Pehin Seri Datuk Patinggi Taib Mahmud, Pro Cancelor Unimas.
4. Kampus Universiti Malaysia Sarawak.
2 Gambar ihsan Fyka
52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57