Page 16 - buku tatatertib-amend
P. 16
2.6.2. Tanggungjawab dan tindakan Ketua Jabatan (Kumpulan Sokongan)

(1) Menerima laporan atau aduan salahlaku dan/ atau pelanggaran tatatertib;

(2) Mengarahkan siasatan dibuat oleh Pegawai Sumber Manusia (PSM) ;

(3) Menerima dan mempertimbang laporan siasatanyang mengandungi
rumusan dan cadangan tindakan;

(4) Memperakukan tindakan tatatertib kepada Jawatankuasa Tatatertib
Jabatan (JTJ);

(5) Mengeluarkan Arahan Tahan Kerja(ATK) sekiranya kes salah laku
dan/atau pelanggaran tatatertib menjejaskan kepentingan perkhidmatan
awam;

(6) Menerima dan melaksanakan keputusan atau hukuman tatatertib
yang dijatuhkan oleh JTJ;

(7) Menyediakan dan menghantar laporanprosiding tatatertib kepada
Suruhanjaya.

2.7. LAPORAN SALAH LAKU DAN PELANGGARAN TATATERTIB DALAM
KATEGORI KAEDAH 15 (2) KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM,1996.
_______________________________________________________________

2.7.1. Tanggungjawab dan tindakan Ketua Jabatan

(1) Menerima laporan atau aduan salahlaku dan/atau pelanggaran
tatatertib;

(2) Mengarahkan siasatan dibuat oleh Pegawai Sumber Manusia
(PSM);

(3) Menerima dan mempertimbang laporan siasatan yang
mengandungi rumusan dan cadangan tindakan;

(4) Memperakukan tindakan tatatertib kepada Suruhanjaya melalui
Setiausaha Kerajaan;

(5) Mengeluarkan Arahan Tahan Kerja (ATK) sekiranya kes salah
laku dan/atau pelanggaran tatatertib menjejaskan kepentingan
perkhidmatan awam;

(6) Menerima sesalinan sokongan perakuan tindakan tatatertib
daripada Setiausaha Kerajaan kepada Suruhanjaya ( PSC);

(7) Menerima dan menyerahkan surat pertuduhan daripada PSC
kepada pegawai terbabit;

(8) Menerima dan melaksanakan keputusan atau hukuman
tatatertib yang dijatuhkan oleh PSC;


13
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21