Page 10 - ANNUAL_REPORT_01
P. 10
2.4.3


Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations 2000, SPANS
merupakan kuasa melantik, mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan, menaikkan pangkat dan
mengawal disiplin kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan. Sepanjang tahun 2014, SPANS telah menerima
laporan kekosongan sebanyak 173 jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Ianya terdiri daripada dua (2) gred 41, 15 gred 27, 145 gred 17 dan 11 gred 11. Daripada 173 kekosongan,
hanya 165 kekosongan jawatan sahaja berjaya diisi dan bakinya akan diisi pada tahun 2015.

2.5 PERWAKILAN KUASA



Melalui Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS telah mewakilkan kuasa-kuasanya kepada
Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ketua Jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 2004 yang berkuatkuasa pada 17 Januari 2004. Ianya menggantikan
Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa), 1998.

2.5.1 Perwakilan Kuasa Kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak Dan Ketua Jabatan

2.5.1.1 Melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri di
jabatan masing-masing bagi Gred 27 dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah
atau Penolong Pengarah) sama ada jawatan tersebut bertaraf tetap dan berpencen, tetap dan
tidak berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;

2.5.1.2 Menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang dilantik seperti di Perenggan
2.5.1.1 yang masih di dalam tempoh percubaan;


2.5.1.3 Melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana perlanjutan tempoh
tersebut tidak melebihi tempoh yang ditetapkan dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri
1996 (Swk. L.N.1/96); dan,

2.5.1.4 Melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan tugas mana-mana pegawai
di dalam Perkhidmatan Awam Negeri di jabatan masing-masing (kecuali jawatan Timbalan
Pengarah), sama ada atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi
tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan SPANS.
2.5.2 Perwakilan Kuasa Kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak

2.5.2.1 Mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai Gred 27 dan ke atas (selain daripada
jawatan yang dilantik di bawah Artikel 11 atau yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan
Negeri Sarawak); dan,

2.5.2.2 Pertukaran tempat bertugas mana-mana pegawai awam negeri dari satu kementerian atau
jabatan ke kementerian atau jabatan yang lain atau sebaliknya, tanpa melibatkan penurunan
pangkat.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15