Page 9 - ANNUAL_REPORT_01
P. 9
2.3 MAKLUMAT KORPORAT



2.3.1 MUKADIMAH

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) ini disediakan sebagai
memenuhi Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak. Menurut Artikel tersebut, Suruhanjaya hendaklah
menyediakan satu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua
Negeri Sarawak dan salinannya diedarkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri.

Selaras dengan itu, Laporan Tahunan SPANS 2014 ini merangkumi kegiatan yang dilaksanakan sendiri
oleh SPANS dan yang telah diwakilkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Ketua-ketua
Jabatan melalui Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (Perwakilan Kuasa-Kuasa),
2004 berkuatkuasa mulai 17 Januari 2004.
2.3.2 VISI


Menjadikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Sebuah Badan yang Dihormati dan
Disegani Berteraskan Kualiti dan Keadilan.

2.3.3 MISI


Melantik Kakitangan Awam yang Dinamik dan Berilmu Berteraskan Kehendak Pembangunan Semasa..
2.4 FUNGSI DAN PERANAN




2.4.1

Menurut Artikel 36(1), Perlembagaan Negeri Sarawak, SPANS adalah sebuah badan bebas yang
dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berkaitan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu:


• Pelantikan;
• Pengesahan jawatan dalam perkhidmatan;
• Pemberian taraf tetap dan berpencen;
• Kenaikan pangkat;
• Perpindahan tempat bertugas; dan
• Kawalan disiplin
2.4.2

Selain itu, Artikel 39 (3), Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa SPANS juga
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menganugerahkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri
Sarawak (BPKNS) kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dan latihan akademik sepenuh
masa di peringkat Diploma dan Ijazah di pusat Pengajian Tinggi Awam.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14