Page 154 - Limbang_Book
P. 154
Sebuah keluarga Cina di
Limbang, 1967
















Cina


Kaum Cina terdapat di Daerah Limbang dan Daerah Lawas. Dahulu
mereka berasal dari berbagai daerah di negara China dan mereka melakukan
imigrasi ke tanah jajahan Britain di Kepulauan Melayu seperti Tanah
Melayu, Singapura, Labuan dan Sabah sejak abad ke-19. Sebilangan besar
kaum Cina di Daerah Limbang dan Lawas datang dari pusat pelompatan
Labuan dan Brunei bersama penjajahan Brooke, khususnya selepas Perang
Dunia Kedua apabila negara China dalam keadaan kacau-bilau. Pecahan
dialek Cina yang terdapat di sini ialah Hokkein, Kantonis, Kheh, Hailam
dan Foochow. Foochow merupakan kumpulan dialek yang baru sahaja
berhijrah dari Sibu semasa pemerintahan kolonial British sekitar 1950an.

Oleh kerana mereka bergiat dalam bidang perdagangan, sebilangan besar di
antara mereka tinggal di pekan. Mereka menguasai aktiviti ekonomi sama ada
di pekan atau di perkampungan dan rumah panjang. Kegiatan perdagangan
mereka adalah dalam bidang runcit, pembalakan dan perkhidmatan. Hanya
segelintir sahaja tinggal di luar bandar sebagai petani komersil.




Seorang pekedai Cina







































138 | Dahulu Terasing Kini Terjalin Dahulu Terasing Kini Terjalin | 139
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159