Page 150 - Limbang_Book
P. 150
Lun Bawang dan Tagal
Lun Bawang dan Tagal merupakan suku bangsa serumpun yang mempunyai
citra dan kebudayaan yang hampir sama. Sebilangan besar Lun Bawang dan
Tagal didapati di Daerah Lawas saja. Mereka berasal dari kawasan pedalaman
Borneo-Kalimantan Timur dan sekarang sebilangan besar mereka masih
mendiami kawasan pendalaman yang berbukit-bukau. Bagaimanapun dari
masa ke semasa ada sebilangan kecil telah berpindah ke kawasan pantai
dan menetap di situ berhampiran dengan penduduk Melayu dan Kedayan.
Mereka telah memeluk agama Kristianiti yang dikembangkan oleh Sidang
Injil Borneo, khususnya selepas Perang Dunia Kedua.
Dahulu orang Lun Bawang mengamalkan cara hidup pertanian pindah-
randah. Bagaimanapun apabila cara menanam padi sawah diperkenalkan
sebahagian daripada mereka telah menjadi petani sedentari di Ba’ Kelalan
dan Long Semadoh. Di samping itu mereka juga pada masa dahulu penuai
hasil hutan untuk didagangkan di pekan Limbang dan Lawas. YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan bersama gadis Lun Bawang di Long Tengoa,
Trusan 2008
Mereka mewarisi citra kebudayaan yang menarik dan unik yang terserlah
dalam pakaian kulit kayu dan manik. Mereka juga telah mempopularkan
muzik peralatan bambu yang mereka pelajari dari orang Menado yang
mengembangkan agama Kristianiti.
Penduduk Tagal tinggal di Sungai Trusan. Bagaimanapun penempatan mereka
tidak begitu jauh di pedalaman, malah berdekatan dengan perkampungan
penduduk Kedayan.
Walaupun di pedalaman mereka menikmati kemudahan asas terpenting
iaitu pendidikan awal. Ekoran daripada itu mereka adalah di antara yang
paling berjaya dalam bidang pembangunan modal insan dan melahirkan
ramai graduan dan profesional dalam Bahagian Limbang amnya.
134 | Dahulu Terasing Kini Terjalin