Page 152 - Limbang_Book
P. 152
Iban



Dahulu tidak ada orang Iban di Daerah Limbang dan Lawas tetapi selepas
kehadiran pentadbiran Brooke di Trusan pada tahun 1885 dan selepas
pembentukan Bahagian Limbang pada tahun 1905, mereka mulai berhijrah
dari Bahagian lain. Kebanyakan mereka berasal dari Lubok Antu di Bahagian
Simanggang (sekarang Sri Aman) dan menetap di Medamit di Daerah
Limbang manakala di Daerah Lawas mereka terdapat di Siang-Siang.


Sebilangan besar orang Iban di Bahagian Limbang beragama Kristianiti
dan tidak lagi berpindah-randah. Cara hidup baru ini telah membuka
peluang pendidikan yang telah membawa perubahan. Generasi muda telah
berjaya menjadi profesional dalam berbagai bidang.


Seperti suku bangsa Iban yang lain mereka mewarisi kebudayaan yang
menarik yang terpapar dalam tarian ngajat dan hasil tenunan pua.

























Lelaki Iban mempamerkan cecah kemegahan mereka





































136 | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157