Page 261 - Limbang_Book
P. 261
Lembah Limbang








Politik Pembangunan

dan Menjalin Masa Hadapan



D ahulu terasing, kini terjalin adalah cetusan rasa sebenar.

Dua daerah dalam Bahagian ini sendiri terasing
dipisahkan secara fizikal oleh Daerah Temburong iaitu
Daerah Limbang di sebelah barat dan Daerah Lawas di sebelah timur.
Kini keduanya telah terjalin bukan saja di antara daerah tetapi juga
dengan seluruh negeri, negara dan dunia. Berbeza dengan Bahagian
lain, kini pintu gerbang luas terbuka ke mana saja dengan begitu
mudah.


Kini Daerah Limbang dan Daerah Lawas di Bahagian Limbang
telah terjalin dalam kemajuan di utara negeri Sarawak. Dahulu
terasa seperti sebuah pulau di tengah lautan luas kini menjadi
gerbang ke seluruh dunia. Sesungguhnya sejak merdeka 45 tahun
yang lalu, khususnya sejak Negeri Sarawak dipimpin oleh Yang
Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai
Ketua Menteri pada tahun 1981 Negeri Sarawak telah menikmati
perubahan dan pembangunan yang sangat pesat. Dasar politik
pembangunan yang menjadi teras pemerintahannya telah membawa
Bahagian Limbang yang terasing ini menjadi gerbang pembangunan
kepada rakyat jelata dan membawanya ke dalam arus perdana
pembangunan dalam rangka wawasan dan misi negara.


Pemimpin anak tempatan yang ketara sekali mampu menyahut
cabaran politik pembangunan itu ialah Yang Berhormat Datuk
Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan. Beliau yang diberi
kepercayaan menjadi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan
kini Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri
Kemudahan Awam telah berjaya menterjemahkan falsafah politik
pembangunan di peringkat akar umbi di Bahagian yang dahulunya
terasa terasing dan terpinggir. Semua ini berjaya dilakukan kerana
beliau merupakan wakil yang setia kepada kerajaan. Di samping itu
beliau juga telah mendapat kepercayaan wakil-wakil rakyat yang lain
untuk membangun Daerah Limbang dan Daerah Lawas.


Dengan terjalinnya dua daerah yang terasing ini melalui rangkaian
lebuh raya SeBorneo dengan ibu negeri, Kuching dan jaringan
global dengan Negara Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah, masa depan sebagai gerbang
pembangunan di utara Sarawak akan menjadi kenyataan. Kini
gelombang kedua politik pembangunan menjadikan Bahagian
Limbang akan menjalin masa depan yang cemerlang. InsyaAllah.






Dahulu Terasing Kini Terjalin | 245
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266