Page 10 - BUKU PANDUAN INTEGRITI
P. 10
A P A I T U I N T E G R I T I ?
Sering kali kita mendengar orang menyebut integriti dan boleh dikatakan saban hari
juga ungkapan ini terbit dari bibir si penutur atau paling tidak, kita akan menemuinya
ketika sedang membaca surat khabar, majalah, buku dan bahan bacaan ilmiah lain.
Malah di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti dalam
kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam, swasta atau dalam kalangan ahli
politik.
Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985, Integriti ialah
“kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah
sifat “jati diri” yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,
benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh
pegang cakapnya dan lain-lain. Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu
integriti individu dan integriti organisasi
I N T E G R I T I I N D I V I D U
Integriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam
kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh
kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna, integriti ialah
keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang
serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.
I N T E G R I T I O R G A N I S A S I
Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika,
piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan
terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota
organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya
organisasi (corporate culture)
8