Page 3 - BUKU PANDUAN INTEGRITI
P. 3

A M A N A T   P E N G E R U S I












                                                   Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                                   dan Salam Sejahtera


                                                   Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
                                                     PUSAKA  kerana  berjaya  menerbitkan  “Buku  Panduan
                                                   Integriti” yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran,
                                                   pengetahuan  dan  kefahaman  mengenai  nilai-nilai
                                                   integriti yang perlu ada dalam diri warga PUSAKA.


                                                   Buku Panduan Integriti ini adalah sangat penting sebagai
                                                   bukti komitmen pengurusan atasan dalam memupuk dan
                                                   membudayakan  nilai-nilai  integriti  di  kalangan  warga
                                                   PUSAKA. Dengan adanya buku ini maka seluruh warga
                                                   PUSAKA sama ada yang baru bertugas atau yang telah
                                                   lama  berkhidmat  akan  lebih  peka  dengan  nilai-nilai
                                                   integriti ini dan menjadikannya sebagai panduan dalam
                                                   melaksanakan tugas seharian mereka.


             Saya  berharap  buku  ini  akan  menjadi  buku  “living  document”  yang  akan  sentiasa
             dikemaskinikan secara atas talian dan menjadi rujukan semua warga PUSAKA .

             Akhir  kata,  semoga  buku  ini  dapat  membantu  pihak  Pengurusan  PUSAKA  dalam
             berdepan  dengan  isu-isu  Integriti  yang  terkini  serta  dapat  meningkatkan  mutu
             penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan juga berintegriti.


             Saya  mengharapkan  warga  PUSAKA  untuk  mengamalkan  apa  yang  disampaikan
             menerusi  Buku  Panduan  Integriti  ini  dan  menjadikan  ia  sebagai  panduan  dalam
             melaksanakan  tugas  seharian.  Tanggungjawab  melaksanakan  nilai  integriti    adalah
             tanggungjawab semua dan bukan terletak hanya di bahu pihak pengurusan PUSAKA.


             Ikhlas














            YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH BIN ALI HASAN








                                                                                                                 1
   1   2   3   4   5   6   7   8