Page 4 - BUKU PANDUAN INTEGRITI
P. 4

P E R U T U S A N   P E N G U R U S   B E S A R










                                                     Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
                                                     Salam Sejahtera

                                                    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
                                                    kepada Bahagian Integriti kerana pro aktif dalam menghasilkan
                                                    “Buku Panduan Integriti” ini. Buku ini adalah merupakan salah
                                                    satu  pendekatan  yang  digunakan  oleh  PUSAKA  dalam
                                                    meningkatkan kesedaran selain dari memupuk dan menyemai
                                                    nilai-nilai integriti di kalangan warga PUSAKA. Ia juga adalah
                                                    merupakan  bukti  komitmen  pengurusan  atasan  dalam
                                                    memastikan  program  pengukuhan  integriti  dilaksanakan
                                                    selaras dengan keperluan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6
                                                    Tahun  2013  dimana  ia  adalah  salah  satu  fungsi  teras  dalam
                                                    Penubuhan Unit Integriti.

                                                    Sebelum  ini  PUSAKA  telah  mengadakan  beberapa  program
                                                    jerayawara  /  taklimat  /  perkongsian  untuk  meningkatkan
                                                    kesedaran  setiap  warganya  dan  anak  syarikatnya  mengenai
                                                    nilai-nilai  integriti  yang  perlu  diamalkan  dalam  setiap  kerja
                                                    harian. Namun untuk mengekalkan ilmu pengetahuan ini dalam
                                                    sanubari  setiap  warganya  maka  ia  perlu  dibukukan  agar
                                                    menjadi rujukan berterusan untuk semua warga PUSAKA dan
                                                    juga anak syarikatnya.

             Penghasilan  buku  ini  juga  merupakan  antara  pelan  tindakan  dalam  Pelan  Anti  Rasuah  Organisasi
             PUSAKA  (OACP)  2021-2025  .Selain  itu  ia  juga  merupakan  antara  program  yang  dirangka  dalam
             “Culture  Change  Program”  yang  merupakan  salah  satu  pelan  tindakan  dibawah  “Organisational
             Capacity”  dalam  Balanced  Scorecard  PUSAKA.  Ia  juga    selaras  dengan  Tema  3  dibawah  Pelan
             Strategik  PUSAKA  ke  arah  “Process  and  Service  Excellence”.  Setiap  warga  PUSAKA  yang  baru
             bekerja mahupun yang telah lama berkhidmat akan sentiasa diperingatkan mengenai nilai-nilai integriti
             ini  dan  tiada  alasan  bahawa  mereka  tidak  peka  dengan  keperluan  untuk  mengamalkan  nilai-nilai
             integriti ini.

             Buku Panduan Integriti dihasilkan dalam bentuk e-Book dan akan dikemaskinikan secara atas talian.
             Setiap  keperluan  baru  berhubung  dengan  polisi  integriti,  prosedur-prosedur  dan  maklumat  baru
             berkaitan integriti akan dapat dirujuk oleh semua warga PUSAKA dengan mudah dan cepat.


             Akhir  sekali,  saya  berharap  semua  warga  PUSAKA  dapat  menghayati  kandungan  dan  intipati  Buku
             Panduan Integriti ini dan tidak terlibat dalam apa jua amalan dan tingkah laku negatif yang melanggar
             undang-undang, peraturan-peraturan dan etika kerja yang berkuatkuasa. Bersama-samalah kita dalam
             mengamalkan nilai-nilai integriti ini demi kesejahteraan semua.

             Ikhlas








          YBHG. DATU HAJI HASHIM BIN HAJI BOJET


                                                                                                                 2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9