Page 29 - oacp_2021
P. 29

GARIS PANDUAN ASAS MEMBINA KERANGKA PELAN



           Untuk memastikan pelaksanaan pelan strategik ini berjalan lancar, berkesan dan mengikut
           perancangan yang ditetapkan, pendekatan 5A yang menyeluruh digunakan untuk membina
           Kerangka OACP yang mantap yang terdiri daripada langkah-langkah Jangkaan (Anticipation),
           Advokasi (Advocacy), Persepakatan (Alliance), Tindakan (Action) dan Akreditasi (Accreditation).



                                    Diagnosis awal masalah, ancaman dan cabaran rasuah oleh organisasi
                                    melalui Penilaian Risiko Rasuah (CRA), yang melibatkan proses
                 Jangkaan           pengumpulan data dan analisis maklumat daripada pelbagai sumber.
               (Anticipation)       Langkah ini adalah penting untuk membantu organisasi mengenal pasti

                                    langkah-langkah pembetulan yang tepat untuk mengurangkan, mengatasi
                                    dan menghapuskan risiko rasuah dalam organisasi masing-masing.






                                    Cadangan dasar dan peraturan untuk mengatasi risiko rasuah dalam
                 Advokasi           organisasi. Pembuat keputusan hendaklah bertanggungjawab terhadap
                (Advocacy)          setiap syor, dan seterusnya mengambil tindakan sama ada melalui
                                    pengukuhan peraturan  dan sistem, struktur, tenaga kerja, belanjawan
                                    atau latihan.






                                    Kerjasama dan koordinasi antara pihak dalaman dan luaran organisasi,
               Persepakatan         termasuk mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dasar. Ia akan
                 (Alliance)         membantu organisasi untuk memaksimumkan penggunaan sumber
                                    melalui perkongsian dalam bentuk tenaga kerja, belanjawan dan
                                    logistik supaya lebih berkesan.






                                    Pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang, dasar dan
                                    peraturan sama ada melalui mekanisme semak dan imbang,
                 Tindakan           penguatkuasaan, pendekatan pencegahan dan pendidikan. Organisasi
                  (Action)          hendaklah  bertindak  tegas  dan  adil  dalam  setiap  tindakan  untuk

                                    menghalang, mencegah dan memerangi rasuah di semua peringkat
                                    berlandaskan prinsip perundangan yang sedia ada.






                                    Memfokuskan proses pemantauan dan penilaian untuk memastikan
                 Akreditasi         semua dasar dan peraturan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh
              (Accreditation)
                                    individu atau organisasi. Perkara ini penting untuk memperbaiki dasar dan
                                    program sedia ada.







     28     Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34