Page 24 - oacp_2021
P. 24

5. Tadbir urus

                    Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara pegawai melaksanakan tanggungjawab
                    secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya
                    kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
                    (stakeholders) dan proses di mana PUSAKA diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan
                    untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui.






                                                     6. Perolehan

                    Perolehan  adalah  satu  cara  untuk  mendapatkan  atau  membeli  peralatan  atau  perkhidmatan
                    atau kerja yang dikehendaki. Bagi PUSAKA cara melaksanakan perolehan ditetapkan dalam
                    Prosedur Kewangan dan Perakaunan PUSAKA (PKPP) dan arahan dari Kerajaan dari semasa
                    ke semasa.






                                           7. Pengurusan Program


                    Pengurusan program merujuk kepada cara pengurusan program yang bermula dari
                    perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sesuatu program sehingga program tersebut
                    selesai dilaksanakan. Program ini bertujuan menghasilkan produk, perkhidmatan dan hasil
                    yang akan memberi nilai tambah serta memberi manfaat kepada pelanggan PUSAKA.






                                              Pelesenan

                                                                        Tadbir Urus

                                      Penguatkuasaan
                                      Undang-Undang
                                                                         Perolehan


                                          Pengurusan Projek


                                                                      Pengurusan Program
                                        Pentadbiran
                                      (Sumber Manusia)


                                                     7        BIDANG



                                                              KEUTAMAAN







                                                                                                                 23
                                                                             Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29