Page 3 - oacp_2021
P. 3

Amanat Pengerusi














                                                        Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh
                                                        dan Salam Sejahtera.

                                                        Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana
                                                        dengan  limpah kurnia-Nya, Pelan  Antirasuah
                                                        Organisasi (OACP) PUSAKA telah berjaya
                                                        dibangunkan untuk tahun 2021- 2025.

                                                        Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
                                                        kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat
                                                        dalam membangunkan pelan ini. OACP ini adalah
                                                        hasil daripada perbincangan yang dijalankan di
                                                        peringkat PUSAKA melibatkan semua bahagian
                                                        di PUSAKA untuk membangunkan pelan yang
                                                        lengkap meliputi semua aspek operasi PUSAKA.

                                                        OACP ini juga menyatukan semua usaha
                                                        berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah. Ia
                                                        merupakan  panduan kepada  warga PUSAKA
                                                        dalam mendukung aspirasi Kerajaan demi
                                                        memastikan Malaysia dikenali dengan integriti
           yang tinggi.

           Dengan ini diharapkan agar warga PUSAKA dapat melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah
           diwujudkan secara berterusan agar penyampaian perkhidmatan yang diberikan lebih telus,
           bertanggungjawab dan berintegriti selaras dengan Polisi Integriti PUSAKA.


           Saya menyeru semua pihak khususnya warga PUSAKA sentiasa komited membudayakan
           amalan integriti dan bebas rasuah dalam penyampaian perkhidmatan melalui pematuhan
           terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa serta penghayatan nilai-
           nilai murni untuk menjadikan negeri Sarawak ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah,
           penyelewengan dan salah guna kuasa.

           Sebagai  masyarakat  yang  berilmu  dan berintegriti, kita  sewajarnya  mengambil  pengajaran
           daripada pelbagai situasi yang telah berlaku dan marilah kita bersama bersatu-padu untuk
           menjadikan Sarawak negeri yang lebih berdaya saing, bersih dan berintegriti.

           Semoga  dengan  inisiatif-inisiatif  yang  digariskan  didalam  OACP  ini,  hasrat  untuk  menjadikan
           Malaysia dan Sarawak khususnya Bebas Rasuah akan menjadi realiti.








           YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASAN



      2     Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8