Page 4 - oacp_2021
P. 4

PERUTUSAN PENGURUS BESAR














                                                              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                                              dan Salam Sejahtera.

                                                              Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi
                                                              kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
                                                              PUSAKA telah berjaya membangunkan Pelan
                                                              Antirasuah Organisasi (OACP).

                                                              Visi utama PUSAKA ialah untuk memacu
                                                              pembangunan  Industri  Perkayuan  di  Sarawak.
                                                              Perkara ini menjadi tanggungjawab PUSAKA
                                                              untuk    memastikan     pembangunan      industri
                                                              perkayuan dilaksanakan dengan cekap, berkualiti
                                                              dan lestari serta menjadikan industri perkayuan
                                                              negara yang lebih mantap dan berdaya saing
                                                              khususnya diperingkat global.

                                                              OACP     PUSAKA     ini   merupakan    dokumen
                                                              antirasuah    utama    yang     menggambarkan
                                                              kesungguhan dan komitmen warga PUSAKA
                                                              di  pelbagai peringkat perkhidmatan dan bidang
                tugas bersama dalam menghapuskan amalan rasuah dan salah laku integriti di PUSAKA.
                Penyediaan OACP ini juga selari dengan Pekeliling Integriti yang telah dikeluarkan oleh
                kerajaan negeri Sarawak dan juga Pelan  Antirasuah Nasional (NACP) yang beperanan
                sebagai kawalan efektif kepada agenda integriti PUSAKA yang menjadi pemacu dalam
                industri perkayuan negeri.


                Saya  menyeru  seluruh  warga  PUSAKA  agar  mempunyai  keselarasan  antara  tindakan
                dengan prinsip moral positif yang tidak mudah dipengaruhi demi mempertahankan nama baik
                PUSAKA dan warga PUSAKA daripada  segala bentuk penyelewengan. Elemen integriti
                iaitu akauntabiliti, telus, amanah dan jujur perlu dijadikan teras utama dalam penyampaian
                perkhidmatan di PUSAKA.

                Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah
                kepada pasukan petugas yang telah berjaya menerbitkan dokumen OACP ini. Semoga
                kejayaan ini dapat diteruskan lagi dengan pemantauan pelaksanaan dan penyelarasan pelan
                ini yang efektif.

                Sekian, terima kasih.







                YBHG. TUAN HAJI HASHIM HAJI BOJET




                                                                                                                 3
                                                                             Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9