Page 7 - oacp_2021
P. 7

Ringkasan Eksekutif





          Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA adalah berpandukan Pelan Antirasuah Nasional
          (NACP) yang telah dilancarkan oleh  YAB  Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
          ke-7 pada 29 Januari 2019 dan arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 Tahun 2019
          yang berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan  Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran
          Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi. OACP merupakan sebuah dokumen utama
          PUSAKA yang menggariskan tindakan yang menyeluruh dan bersepadu dalam usaha memerangi rasuah.
          Ia memberi tumpuan khusus kepada masalah rasuah yang berlaku dalam organisasi.


          Selaras  dengan itu,  maka  terhasillah  dokumen OACP-PUSAKA  yang akan  menjadi  panduan warga
          PUSAKA dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Negeri Sarawak amnya dan
          PUSAKA khususnya.




            BAB 1                                            BAB 2


            Merupakan pengenalan bagi menjelaskan secara     Memfokuskan kepada Cabaran Menangani
            ringkas maklumat korporat PUSAKA sebagai         Rasuah  yang  dihadapi  oleh  PUSAKA.  Bengkel
            sebuah organisasi industri perkayuan di Sarawak.   Pembangunan OACP telah dilaksanakan yang
            Selain itu, bab ini juga merupakan pengenalan    melibatkan semua  bahagian dan seksyen
            kepada tujuh (7) bidang keutamaan PUSAKA         dengan bimbingan oleh UNION bagi memberi
            yang menjadi teras kepada OACP-PUSAKA            panduan dan halatuju pembangunan pelan ini.
            iaitu Pelesenan, Penguatkuasan Undang-           Selain itu, ia juga menggariskan tujuh (7) bidang
            Undang, Pengurusan Projek, Pentadbiran           keutamaan yang menjadi fokus kepada usaha
            (Sumber Manusia),  Tadbir Urus, Perolehan        pembanterasan rasuah.  Terdapat 10 objektif
            dan  Pengurusan  Program  selaras  dengan  visi   strategik yang telah dikenalpasti dimana 90
            PUSAKA iaitu memacu pembangunan industri         inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mencapai
            perkayuan.                                       objektif-objektif tersebut dalam tempoh lima (5)
                                                             tahun akan datang.


            BAB 3                                            BAB 4


            Menerangkan tentang ciri-ciri tadbir urus yang   Menggambarkan  komitmen  PUSAKA  dalam
            baik di PUSAKA. Semua warga PUSAKA               menyokong Kerajaan untuk menangani isu
            mempunyai     tanggungjawab   melaksanakan       rasuah, integriti dan tadbir urus melalui inisiatif
            tugas masing-masing berpaksikan prinsip          yang digariskan dalam OACP ini.
            kesaksamaan, ketelusan dan akauntabiliti. Bab
            ini juga menjelaskan mekanisme pemantauan
            dan penilaian OACP melalui inisiatif yang dibuat
            untuk mengenalpasti risiko dan jurang supaya
            dapat diselaraskan dengan sewajarnya untuk
            mencapai objektif yang dihasratkan.














      6     Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12