Page 55 - oacp_2021
P. 55
KESIMPULAN
PUSAKA telah memperlihatkan komitmen dalam menyokong
dasar antirasuah kerajaan dengan membangunkan Pelan
Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA dengan menyasarkan
perancangan (5) tahun iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025. Demi
matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah,
pelan ini menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk menyahut
dasar kerajaan.
Pelan ini mengambil kira pandangan warga PUSAKA secara
holistik dan telah mengenal pasti tujuh (7) bidang keutamaan
merangkumi 7 strategi dan 90 inisiatif untuk dilaksanakan
sebagai panduan pengurusan antirasuah di PUSAKA.
Pelan ini menjelaskan mekanisme penyelarasan dan pemantauan
bagi memastikan inisiatif-inisiatif OACP PUSAKA dilaksanakan
seperti yang ditetapkan. Pelan ini juga sentiasa dikaji dan
dikemaskini mengikut perubahan masa.
Hala tuju PUSAKA dalam aspek penambahbaikan governans,
integriti dan antirasuah serta kelangsungan pelan ini pada
masa hadapan bakal ditentukan oleh kejayaan 90 inisiatif dalam
tempoh lima (5) tahun akan datang Ke Arah PUSAKA
Berintegriti dan Bebas Rasuah.
54 Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025