Page 50 - oacp_2021
P. 50
PRINSIP 2:
PENILAIAN RISIKO RASUAH
Penilaian Risiko Rasuah dijadikan asas kepada usaha
antirasuah PUSAKA.
Maka, PUSAKA akan:
• Melaksanakan penilaian risiko rasuah secara
berkala dan apabila terdapat keperluan
perubahan;
• Memberi keutamaan kepada risiko rasuah
dalaman dan luaran.
PRINSIP 3: PEMANTAUAN, PENILAIAN DAN
PENGUATKUASAAN SISTEMATIK
Pemantauan dan penilaian secara sistematik
dilaksanakan dengan memastikan:
• Pelaksanaan inisiatif dilaporkan kepada pihak
Pengurusan Tertinggi;
• Penilaian secara berkala dibuat bagi menilai
prestasi, kecekapan, dan keberkesanan
program;
• Penyelesaian terbaik dikenalpasti dan
dilaksanakan bagi setiap masalah yang timbul;
• Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk
memantapkan usaha-usaha kawalan risiko
antirasuah sedia ada di PUSAKA.
PRINSIP 4: PELAKSANAAN LANGKAH KAWALAN DALAMAN
PUSAKA juga mewujudkan langkah kawalan dalaman dan Pelan Pengurusan Risiko (CRM)
bagi mengatasi sebarang risiko rasuah yang berpotensi wujud disebabkan kelemahan prosedur,
proses kerja dan rangka kerja tadbir urus.
Saluran Pendidikan Kesan Ke Atas
Dasar Pelaporan dan Latihan Ketidakpatuhan
Aduan dan Peraturan
49
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025