Page 51 - oacp_2021
P. 51
MEKANISME PELAKSANAAN
Pelaksanaan OACP PUSAKA hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan
kerjasama di antara Pihak Pengurusan Tertinggi PUSAKA, warga PUSAKA, Pelanggan dan
stakeholder untuk memastikan inisiatif antirasuah dilaksanakan secara cekap dan sistematik.
Berdasarkan Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2020 Pelan Antirasuah
Organisasi (OACP) – Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi semua
Kementerian, Pentadbiran Bahagian, Jabatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri Sarawak,
satu Jawatankuasa Pembangunan OACP (JP-OACP) telah ditubuhkan.
Pengurusan Tertinggi PUSAKA hendaklah memastikan kebolehlaksanaan OACP di PUSAKA
diperkukuh dengan tindakan berikut:
1 Mengkoordinasi, memantau, menilai dan
melaporkan pencapaian OACP
2 Memastikan setiap pelan tindakan dilaksanakan
mengikut tempoh sasaran yang ditetapkan
JAWATANKUASA ANTIRASUAH PUSAKA (JAR PUSAKA)
Jawatankuasa antirasuah ditubuhkan untuk mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat terma rujukan yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa AntiRasuah Jawatankuasa AntiRasuah
Kementerian Pembangunan Perbadanan Kemajuan
Bandar dan Sumber Asli Perusahaan Kayu Sarawak
(JAR MUDeNR) (JAR PUSAKA)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB (JAR PUSAKA)
i. Kekerapan mesyuarat JAR adalah tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan
November.
ii. Menerima Laporan Pemantauan dan Penilaian OACP daripada Bahagian Integriti.
iii. Mendapatkan penjelasan daripada pelaksana pelan tindakan.
iv. Memperaku isu dan laporan untuk dikemukakan kepada JAR MUDeNR jika diperlukan.
v. Meneliti dan mengkaji keberkesanan inisiatif OACP setiap suku tahun.
vi. Mengenalpasti penyelesaian terbaik dan membuat keputusan.
vii. Mengambil tindakan pembaharuan OACP pada akhir tempoh pelan.
50 Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PUSAKA 2021 - 2025