Page 2 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 2

PERUTUSAN


                                       PENGURUS BESAR PUSAKA




                                                   ِ ﻢْﻴ ِ ﺣﱠﺮﻟا ﻦ َ ﻤْﺣﱠﺮﻟا ِﷲ  ِ ﻢــــــــــــــــــ ْ ﺴﺑ ِ
                                                           ِ
                                                  Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh,
                                                  Selamat Sejahtera dan Salam Integriti.

                                                  Alhamdulillah,  Saya  bersyukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T
                                                  kerana  dengan  limpah  dan  rahmatnya,  maka  e-Buletin
                                                  Integriti  PUSAKA  Edisi  Pertama  Bilangan  1/2022  telah
                                                  berjaya diterbitkan oleh Bahagian Integriti, PUSAKA. Saya
                                                  merakamkan  ucapan  setinggi-tinggi  tahniah  dan  syabas
                                                  kepada  Bahagian  Integriti  yang  telah  berusaha  untuk
                                                  menerbitkan  e-Buletin  PUSAKA  yang  merupakan  salah
                                                  satu  kaedah  untuk  berkongsi  maklumat  program  dan
                                                  aktiviti integriti sepanjang tahun dan juga pengisian yang
                                                  bermanfaat  lagi  kreatif  dan  inovatif  dalam  usaha
                                                  membudayakan integriti dikalangan penjawat awam.

                                                  Dalam  usaha  untuk  membudayakan  nilai  integriti  ini  di
                                                  kalangan  kakitangan  PUSAKA,  pemerkasaan  amalan
                                                  integriti  memerlukan  kefahaman  dan  kesedaran  yang
                                                  tinggi  dan  pengabaiannya  akan  membawa  natijah  yang
                                                  tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan keluarga
                                                  bahkan juga kepada organisasi itu sendiri.


     Budaya  integriti  dapat  disemai  dan  dimantapkan  melalui  peringatan  dan  pengajaran  bahawa
     tugas itu adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Dengan wujudnya e-Buletin Integriti
     PUSAKA  adalah  diharapkan  dapat  meningkatkan  kesedaran  para  kakitangan  PUSAKA  dalam
     pengamalan budaya integriti dalam pekerjaan seharian.

     Sejak penubuhan Bahagian Integriti pada 2 Disember 2019, pelbagai program kesedaran integriti
     telah diadakan kepada semua kakitangan PUSAKA. Program ini juga dipanjangkan kepada anak-
     anak syarikat PUSAKA dan orang awam. Pelbagai cabaran dan kekangan dihadapi oleh PUSAKA
     namun  dengan  adanya  komitmen  dan  sokongan  padu  dari  setiap  peringkat  sama  ada  dari
     peringkat  atasan  sehingga  bawahan,  maka  pelaksanaan  program  pembudayaan  integriti  dapat
     dilaksanakan dengan jayanya.

     Saya  ingin  mengambil  kesempatan  ini  untuk  merakamkan  ucapan  terima  kasih  kepada  semua
     warga  PUSAKA  di  atas  sokongan  dan  komitmen  dalam  menjayakan  program  integriti  PUSAKA.
     Saya berharap dengan penerbitan e-Buletin ini dapat memperingatkan dan menghindarkan kita
     dari segala perlakuan jenayah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

     Akhir kata, saya berharap dengan pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Bahagian
     Integriti  PUSAKA,  tahap  integriti  di  kalangan  kakitangan  dapat  dipertingkatkan  seiring  dengan
     hasrat PUSAKA akan menjadi sebuah Organisasi Yang Berintegriti dan Cemerlang.


     Sekian, terima kasih

                                               "Kami Tolak Rasuah"







     YBHG. DATU HAJI HASHIM BIN HAJI BOJET
   1   2   3   4   5   6   7