Page 6 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 6

Hari Integriti & Inovasi dan Perhimpunan


                                     Perdana PUSAKA


































    9 Februari 2022


    Sekitar  Hari  Integriti  &  Inovasi  dan  Perhimpunan  Perdana  Perbadanan  Kemajuan  Perusahaan
    Kayu  Sarawak  (PUSAKA)  /  Sarawak  Timber  Industry  Development  Corporation  disempurnakan
    oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Sumber Asli &
    Pembangunan  Bandar  II,  Menteri  Perdagangan  Antarabangsa  &  Pelaburan  Sarawak.Program
    berkenaan  turut  dihadiri  YB  Datu  Haji  Len  Talif  Salleh,  Menteri  Muda  Perancangan  Bandar,
    Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar selaku Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA.


    Amalan  nilai  intergriti  dalam  kalangan  kakitangan  ini  penting  sebagai    teras  kepada

    kecemerlangan organisasi disamping menjalankan tugas dengan berkesan.


    PUSAKA  telah  ditubuhkan  sebagai  badan  berkanun  sejak  1973  yang  mana  antara  lain  untuk
    mengawal industri perkayuan di Sarawak. Fungsi pengawalseliaan PUSAKA ini menuntut integriti
    institusi  sebagai  peneraju  dan  pemangkin  kepada  industri  perkayuan  terutamanya  dalam
    pemprosesan  hiliran  kayu  serta  melakarkan  masa  depannya  sebagai  aliran  hasil  yang  mantap
    untuk  negeri  Sarawak.  Bagaimanapun,  ekoran  penularan  pandemik  Covid-19  ini  juga  industri
    perkayuan d Sarawak sedikit terjejas. Diharap industri  perkayuan ini dapat ditingkatkan sejajar
    dengan  perkembangan  transformasi  digital  dan  potensi  pelaburan  dapat  ditingkatkan  dari
    semasa ke semasa.


    Hadir  sama  YB  Dato'  Murshid  Diraja  Dr.  Juanda  Jaya  Menteri  Muda  di  Jabatan  Ketua  Menteri
    (Integriti dan Ombudsman) Sarawak,  Datu Haji Hashim Haji Bojet Pengurus Besar PUSAKA dan
    pegawai-pegawai kanan anak-anak syarikat PUSAKA.




    Laporan disediakan oleh :

    Bahagian Komunikasi Korporat
    PUSAKA
                                                                                                 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11