Page 5 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 5

PUSAKA Sertai Pameran Program Enhancing

                                   Integrity Project (EIP)

























                                                             16 - 17 Julai 2022


                                                             Program  Enhancing  Integrity  Project  (EIP)
                                                             bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Pasir
                                                             Ulu,    Sarawak     telah    melabuhkan       tirainya
                                                             semalam.


                                                             Program  yang  bertemakan  "Melestari  Integriti

                                                             Penjawat  Awam  Di  Kawasan  Sempadan"
                                                             tersebut  telah  berlangsung  selama  2  hari
                                                             bermula 16 hingga 17 Julai 2022.PUSAKA telah
                                                             turut  sama  menyertai  pameran  yang  diadakan
                                                             sempena program tersebut.


                                                             Antara  fokus  utama  PUSAKA  dalam  pameran
                                                             tersebut     ialah   pengenalan       dan    peranan
                                                             PUSAKA  dalam  industri  perkayuan  Sarawak
                                                             serta projek buluh PUSAKA.


                                                             Perasmian         program        tersebut        telah
                                                             disempurnakan  oleh  Timbalan  Menteri  di
                                                             Jabatan      Premier     Sarawak      Integriti    dan
                                                             Ombudsman  ,  Yang  Berhormat  Dato'  Murshid
                                                             Diraja Dr Juanda Bin Jaya bersama Ahli Dewan
                                                             Undangan  Negeri  N.1  Opar,  Encik  Billy  Anak
                                                             Sujang.









                                                             Laporan disediakan oleh :

                                                             Bahagian Komunikasi Korporat
                                                             PUSAKA
                                                                                                 2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10