Page 23 - Samarahan_Book
P. 23
BAB 1




SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN






BAHAWA KENYATAAN NAMA-NAMA RAJA-RAJA YANG MENJADI
SULTAN KERAJAAN DI NEGERI BRUNEI





A l-kisah pari mengatakan zaman dahulu kala negeri Brunei beragama kair, rajanya kair. Pada zaman itu


negeri Brunei menghantar ufti ke Majapahit setahun setempayan air pinang muda. ~ Maka apakala Awang
Alak Betatar menjadi Raja tiadalah baginda menghantar ufti lagi ke Majapahit. Ratu Majapahit pun sudah
mati dan Patih Gajah Mada pun mati. Negeri Majapahit pun tiada daya upaya. Demikianlah riwayatnya ~ Maka
Awang Alak Betatar dua bersaudara dengan Patih Berbai asal Raja datang dari Ghaib (Taif?) 12 orang penggawa
jadi pengiringnya ialah yang sangat gagah berani pada masa zamannya itu ~ Dan pada masa Ratu Melaka di
atas Kerajaan di Negeri Johor Awang Alak Betatar beristeri ke Johor ialah digelarkan Awang Alak Betatar Paduka
Seri Sultan Muhammad dan saudaranya digelar Patih Berbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara dan
pengiringnya yang lain itu digelar jadi Penggawa, Damang, Temenggung dan Patih. Di mula bermacam-macam
nama penggawa dan dianugerahi lagi oleh Baginda di Johor empat menteri yang besyar dan beberapa pegawai
dan askar dengan bidupannya beberapa dayang-dayangnya, dianugerahi nobat Negara genta alamat serta seka-
lian alat kerajaan yang berbagai-bagai dan dianugerahi sebuah negeri iaitu Kelaka dan Saribas dan Rajang dan
Sadong dan Sebangan dan Samarahan dan Sarawak kerana dahulu …… di Johor pun memerintah juga ialah
dianugerahkan sekali kepada anak baginda menjadi milik sepanjang-panjang rantau itu di bawah perintah Sultan
Brunei. Demikianlah riwayatnya pada zaman dahulu kala ~ Ialah Raja Sultan yang pertama kerajaan bergelar
Paduka Seri Sultan Muhammad dan Raja kedua Paduka Seri Sultan Ahmad dan Ketiga Syarif Ali Paduka Seri
Sultan Berkat dan keempat Paduka Seri Sultan Sulaiman dan kelima Paduka Seri Sultan Bolkiah dan keenam
Paduka Seri Sultan Abdul Qahhar dan ketujuh Paduka Seri Sultan Saifuddin dan kelapan Paduka Seri Sultan ????
dan kesembilan Paduka Seri Sultan Hasan dan kesepuluh Paduka Seri Sultan Abdul Jalil al-Akbar dan sebelas
Sultan Abdul Jalil al-Jabar dan kedua belas Sultan Muhammad Ali dan tiga belas Sultan Abdul Mubin empat belas
Sultan Muhyiddin lima belas Sultan Alauddin enam belas Sultan Kamaluddin tujuh belas Sultan Nasruddin lapan
belas Sultan Omar Ali Saifuddin sembilan belas Sultan Muhammad Tajuddin dua puluh Sultan Muhammad Jamalul
‘Alam dua puluh satu Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam dua puluh dua Sultan Omar Ali Saifuddin dua puluh tiga
Sultan Abdul Mubin dua puluh empat Sultan Hashim dua puluh lima Sultan Muhammad Jamalul ‘Alam dua puluh
enam Sultan Ahmad Tajuddin.







Dialih ke rumi oleh Dr Juanda Jaya









23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28