Page 25 - Samarahan_Book
P. 25
SEJARAH BAHAGIAN SAMARAHAN
Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh
kehendak semasa, Daerah Kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada sebuah daerah
penuh pada 19.8.1983 dan dinamakan Daerah Samarahan. Sesuai dan selari dengan
perubahan ini, Pekan Muara Tuang telah dinamakan Kota Samarahan. Beberapa tahun
selepas itu, pada 1.1.2002, Daerah Kecil Asajaya (Nonok) dan Daerah Kecil Sadong
Jaya (Pendam), masing-masingnya di bawah Daerah Samarahan dan Daerah Simunjan,
telah disatukan dan dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh dan digelar Daerah Asa-
jaya. Mulai 1.1.2002, Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah iaitu Simunjan,
Serian, Samarahan dan Asajaya dan dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan Tebedu.
Dengan pengwujudan Bahagian Samarahan, Daerah Kecil Sebuyau yang dahu-
lunya di bawah Bahagian Sri Aman (Bahagian Kedua), telah diletak di bawah Daerah
Simunjan memandangkan kemudahan perhubungan dan komunikasi dengan Simunjan
adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan Sri Aman. Semua bandar utama di daerah-
daerah telah dihubungi dengan jalanraya bertar dan ini telah memudahkan pergerakan
penduduk untuk berurusan dengan Pejabat Residen yang terletak di Kota Samarahan.
Selain itu, perhubungan jalanraya telah memudah dan meningkatkan pergerakan barang-
barang perdagangan ke luar Samarahan dan juga membantu mewujudkan aktiviti-aktiviti
ekonomi yang lain misalnya ladang kelapa sawit.
Keluasan Bahagian Samarahan adalah 4967.45km persegi dengan penduduk ber-
bilangan kaum seramai 219,300 orang pada anggaran tahun 2006. Mengikut daerah,
Daerah Samarahan mempunyai keluasan 407.08km persegi dengan penduduk seramai
48,000, Daerah Serian mempunyai keluasan 2,039.89km persegi dengan penduduk
seramai 82,000, Daerah Simunjan mempunyai keluasan 2,217.67km persegi dengan
penduduk seramai 38,000 dan Daerah Asajaya mempunyai keluasan 302.81km persegi
dengan penduduk seramai 29,000 orang.
Ketika pengwujudannya, Bahagian Samarahan tidaklah begitu membangun dan
maju. Pada hari ini, 21 tahun kemudian, Bahagian Samarahan sedang membangun
dengan cepat dan pesat dan Kota Samarahan, pusat pentadbiran bahagian dikenali se-
bagai Bandar ilmu. Sesuai dengan jolokan Bandar Ilmu, di Kota Samarahan terletaknya
UNIMAS, UiTM, Institut Perguruan Tun Abdul Razak dan Institut Latihan Perindustrian
Kota Samarahan dan juga beberapa pusat latihan yang lain.
25