Page 10 - muka depan.indd
P. 10
SEULAS PINANG








Setelah 45 Tahun Sarawak Merdeka pelbagai kemajuan telah kita kecapi dan
nikmati. Kejayaan ini merupakan gagasan perjuangan pemimpin-pemimpin kita
dahulu untuk mencipta kejayaan pada hari ini.

Terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Amat Ber-
hormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri yang kita kasihi
atas kemerdekaan yang kita miliki hingga ke hari ini. Tidak lupa juga kepada
pemimpin-pemimpin kita terdahulu yang telah berjuang dalam menuntut hak
kemerdekaan untuk negeri kita.

Kebijaksanaan kepimpinan negeri kita telah membuktikan kemampuan Sar-
awak bersaing untuk membangun dan bersaing dengan negeri-negeri lain di
Malaysia. Keampuhan perpaduan masyarakat berbilang kaum merupakan teras
kejayaan kita.

Sehubungan itu, bagi memantap dan memperkemaskan pentadbiran Negeri
Sarawak, Bahagian Mukah telah diwujudkan sebagai Bahagian Kesepuluh. De-
ngan pengisytiharan tersebut Mukah telah menjadi aset penting pembangunan
wilayah tengah yang berteraskan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Biarpun usianya masih muda namun kerancakan pembangunannya sudah
menampakkan hasil yang cukup bermakna buat masyarakat setempat. Untuk
itu, dengan penerbitan Buku Edisi Khas ini maka kita dapat mengimbau kembali
kejayaan yang pernah kita capai dan seterusnya memaparkan evolusi pemban-
gunan di Bahagian Mukah.

Dikesempatan ini saya juga merakamkan ucapan syabas dan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

Kepada warga Mukah, kita amat berharap akan sokongan dan kerjasama
padu mereka dalam membangunkan Bahagian Mukah agar impian menjadi ke-
nyataan.

Sekian.

”Dari Taman Rumbia Ke Kota Bestari”










YB Dato Sri Mohd. Leo Toyad
Pengerusi Jawatankuasa Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia
Bahagian Mukah
Pandangan pasar dan ‘market’ pekan Mukah dari
tebing sungai Kampung Penakub Hilir pada ta-
hun 1960-an.


10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15