Page 9 - muka depan.indd
P. 9
SEKAPUR SIRIH




Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
kita masih diberikan kerahmatan-Nya bagi meraikan bersama-sama detik yang
bersejarah Kemerdekaan Sarawak. Pada 22 Julai 2008 maka genaplah usia ke-
merdekaan Sarawak ke 45 Tahun dengan bertemakan ’Sarawak Maju Dalam
Malaysia’.

Kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini merupakan hasil kesunggu-
han pemimpin-pemimpin Negara dan Negeri kita memperjuangkan hak-hak ke-
bebasan untuk menentukan hala tuju masa depan kita. Setinggi penghargaan
dan terima kasih hanya mampu kita lafazkan kepada pejuang-pejuang yang
telah menuntut hak kemerdekaan sehingga kita mampu menikmati kemewahan
hasil bumi sendiri dalam suasana yang harmoni.

Perayaan yang kita raikan ini cukup jelas membuktikan akan perubahan
kesan daripada gelombang pembangunan yang mampu memacu kemajuan di
Negeri Sarawak ke arah Wawasan yang dicitakan.

Mukah yang dulunya hanya sebidang taman rumbia yang kaya dengan hasil
tanamannya kini telah berubah wajah menjadi sebuah kota bestari yang dileng-
kapi dengan kemudahan berteknologi tinggi dan terkini. Teras utama pemban-
gunan di Bahagian ini memberi tumpuan kepada Pembangunan Industri, Pem-
bangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Tenaga yang boleh diperbaharui
bagi memantapkan lagi bekalan tenaga di Sarawak. Sehubungan itu, Mukah
telah menjadi salah satu aset penting dalam pembangunan Sarawak Corridor of
Renewal Energy (SCORE).

Bagi merealisasikan impian ini, pelbagai rangka telah digarap bagi membuk-
tikan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan taraf hidup masyarakat di
luar bandar agar tidak ketinggalan dari arus pembangunan di bandar.

Kelahiran Buku Edisi Khas Bahagian Mukah ini akan memberi gambaran
yang jelas kejayaan kerajaan dalam membangunkan sebuah Kota yang dulunya
sepi tapi kini menjadi nadi penting dalam wilayah tengah di Sarawak. Syabas
dan tahniah kepada Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Mukah atas usaha
menerbitkan buku yang cukup berharga ini.

Sehubungan itu, dengan pertumbuhan dan pembangunan yang begitu dras-
tik ini, maka masyarakat seharusnya mengambil ruang dan peluang untuk
bersama meningkatkan kualiti hidup masing-masing di samping berkerjasama
dengan pihak kerajaan dalam usaha membangunkan Bahagian Mukah.

Semoga Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia ini mampu men-
jadi pemangkin kepada kita dalam mendokong cita-cita kerajaan ke arah yang
lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.













8 Inche Abdul Taib melawat Dalat semasa kerja- 9
kerja penggalian Sungai Kut, Dalat, 1964.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14