Page 14 - muka depan.indd
P. 14
LIDAH PENGARANG






Buku ini bermula dari koleksi gambar-gambar lama yang menunjukkan kein-
dahan kampung dan cara hidup penduduk di Bahagian Mukah. Dari koleksi ini,
usaha telah dibuat supaya buku ini menjadi satu bukti perjalanan pembangu-
nan, ide dan usaha pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat dalam membawa
rakyat ke satu tahap yang lebih tinggi dari apa yang ada sebelum merdeka.

Banyak buku tentang Bahagian Mukah telah diterbitkan, namun tidak banyak
yang mengisahkan tentang kronologi pembangunan dan usaha-usaha pemimpin
dalam menyatupadukan dan mengubah minda rakyat untuk terus berubah dan
maju. Gambar-gambar lama yang merangkumi kehidupan tahun 50-an hingga
70-an masih lagi jelas dalam ingatan bahawa dahulunya infrastruktur dan kemu-
dahan asas tidak sempurna dan ada yang tidak wujud langsung. Bagi generasi
baru, kepayahan yang dialami oleh generasi lama dan kekurangan kemudahan-
kemudahan asas pada masa itu mungkin tidak terasa dan tidak dijangka. Ge-
nerasi baru yang lebih jauh maju sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran
dari apa yang telah dilalui oleh orang tua mereka. Pengajaran ini sepatutnya
dijadikan sebagai bibit kesedaran dan iltizam untuk bekerjasama dalam mem-
bangunkan negeri ini. Kita tidak boleh lupa kepada usaha pemimpin-pemimpin
Barisan Nasional dulu dan sekarang dalam menyediakan asas yang teguh untuk
generasi baru bagi mengharungi era globalisasi.

Buku ini bukanlah satu usaha untuk mempamerkan gambar-gambar yang
cantik. Tetapi gambar-gambar yang telah dipilih adalah untuk memberi mesej
yang jelas dan perbandingan dahulu dan sekarang. Pembangunan itu tidak da-
tang dengan omong-omong kosong, tetapi dengan perancangan yang rapi, pe-
runtukan yang besar dan usaha pemimpin-pemimpin selaku wakil rakyat. Da-
lam buku ini, kita sangat memperakui peranan YAB Pehin Seri Haji Abdul Taib
Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, dalam membangunkan Bahagian Mukah. YAB
Ketua Menteri telah banyak mengubah dan mencorakkan landskap Bahagian
Mukah dari “Taman Rumbia ke Kota Bestari” sejak 45 tahun Sarawak merdeka
dalam Malaysia. Bermula dengan politik pembangunan sebagai pemangkin kini
dimantapkan lagi oleh SCORE (Pembangunan Koridor yang berasakan penggu-
naan tenaga elektrik) dan Halal Hub.

Kami percaya buku ini akan menjadi bahan rujukan bagi peristiwa-peristiwa
selepas merdeka 1963. Buku ini juga dapat mengingatkan kita mengenai ke-
sungguhan pemimpin kita dalam membangun Bahagian Mukah. Penduduk Ba-
hagian Mukah perlu seperahu dengan kerajaan dan sama-sama menjayakan
SCORE (Pembangunan Koridor yang berasakan penggunaan tenaga elektrik)
dan Halal Hub demi masa depan yang lebih cemerlang.







Dr. Haji Sulaiman bin Haji Husaini Aktiviti memarut keratan rumbia secara tradisio-
Residen Bahagian Samarahan nal bagi mendapatkan serat untuk dijadikan
tepung sagu sekitar tahun 1960-an.

14 15
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19